Sunday, 7 October 2018

KETAHUI PELBAGAI MANFAAT AIR PUTIH UNTUK KESIHATAN

"MINUM AIR SEKARANG!"

Hah. Bukan saja-saja je mak-pak dan cikgu-cikgu di sekolah kerah kita minum air putih selalu! Tyaa paling tertekan bila tengok murid-murid bawak air warna-warni kat sekolah tau. Terus bagi didikan percuma kat budak tu cakap len kali bawak air putih je. Baru besar nanti jadi sihat dan CANTIK! Haha. Budak sekarang mana faham kalo kita explain berat-berat kan. Jadi Cice cakap la dalam bahasa yang mudah difahami lingkungan minda dorang. Hihi. Syukur ramai murid kat sekolah memang dengar kata. Tak pandai pun dorang belajar untuk jadikan amalan.


Kredit : Tipsfromtown



KENAPA WAJIB MINUM AIR PUTIH?

Tau tak berat badan kita merangkumi kira-kira 60 peratus air? Tubuh kita menggunakan air dalam semua aktiviti sel, organ, dan tisu untuk membantu mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain. Setiap masa, tubuh akan kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh, dan pencernaan. Sebab tu lah WAJIB minum air putih. Tak nak la aktiviti sel dalam badan jadi lembab dan slow akibat tubuh yang kering-kotang kan? 

APAKAH MANFAAT AIR PUTIH?

Ada 8 manfaat air putih yang and perlu ketahui. Sila hadam dan cerna setiap satu ya. 

1. Menguruskan badan
Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Pergh! Minum air putih pun boleh kurus? Terus lari p ambik air. Haha. Gitu lah pompuan. Pantang dengar tips-tips nak kuruskan badan. 

2. Meningkatkan kesuburan
Tahukah anda bahawa air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Ni info baru untuk Tyaa jugak ni. 

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat mengelakkan masalah sembelit serta meningkatkan proses pembakaran kalori secara lebih efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja dapat melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Rajin-rajin minum air putih ya. Kanser ni penyakit yang paling digeruni! Moga-moga tindakan kecil kita ni mampu elakkan diri daripada terkena penyakit kanser ni.

5. Rawatan kecantikan
Wow. Ingatkan SR Vita-C Plus je yang boleh cantikkan kulit! Rupanya air putih pun boleh ya?Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Haa malas minum air pun punca kulit jadi kusam. Kusam sebab banyak toksin berkumpul dalam badan tak dikeluarkan. Macam mana nak flash out toksin yang bergelumang dalam badan kalo malas minum air putih? 

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika kita tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. 

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga dipercayai dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih bukan sahaja digunakan untuk mengubati pelbagai masalah kulit, namun ia juga sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


KAJIAN TENTANG KEHEBATAN AIR PUTIH SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

Kajian oleh para sainstis mendapati bahawa amalan minum air putih sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society telah berjaya membuktikannya dalam kes-kes tertentu. Terbukti, amalan minum air putih mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini adalah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Nampak tak kepentingan air untuk kelangsungan kesihatan ni? Lepas ni kena rajin-rajin minum air putih ya. Boleh jadi sihat, cergas dan CANTIK. 



No comments:

Post a Comment