Sunday, 7 October 2018

KETAHUI PELBAGAI MANFAAT AIR PUTIH UNTUK KESIHATAN

"MINUM AIR SEKARANG!"

Hah. Bukan saja-saja je mak-pak dan cikgu-cikgu di sekolah kerah kita minum air putih selalu! Tyaa paling tertekan bila tengok murid-murid bawak air warna-warni kat sekolah tau. Terus bagi didikan percuma kat budak tu cakap len kali bawak air putih je. Baru besar nanti jadi sihat dan CANTIK! Haha. Budak sekarang mana faham kalo kita explain berat-berat kan. Jadi Cice cakap la dalam bahasa yang mudah difahami lingkungan minda dorang. Hihi. Syukur ramai murid kat sekolah memang dengar kata. Tak pandai pun dorang belajar untuk jadikan amalan.


Kredit : Tipsfromtown



KENAPA WAJIB MINUM AIR PUTIH?

Tau tak berat badan kita merangkumi kira-kira 60 peratus air? Tubuh kita menggunakan air dalam semua aktiviti sel, organ, dan tisu untuk membantu mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain. Setiap masa, tubuh akan kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh, dan pencernaan. Sebab tu lah WAJIB minum air putih. Tak nak la aktiviti sel dalam badan jadi lembab dan slow akibat tubuh yang kering-kotang kan? 

APAKAH MANFAAT AIR PUTIH?

Ada 8 manfaat air putih yang and perlu ketahui. Sila hadam dan cerna setiap satu ya. 

1. Menguruskan badan
Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Pergh! Minum air putih pun boleh kurus? Terus lari p ambik air. Haha. Gitu lah pompuan. Pantang dengar tips-tips nak kuruskan badan. 

2. Meningkatkan kesuburan
Tahukah anda bahawa air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Ni info baru untuk Tyaa jugak ni. 

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat mengelakkan masalah sembelit serta meningkatkan proses pembakaran kalori secara lebih efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja dapat melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Rajin-rajin minum air putih ya. Kanser ni penyakit yang paling digeruni! Moga-moga tindakan kecil kita ni mampu elakkan diri daripada terkena penyakit kanser ni.

5. Rawatan kecantikan
Wow. Ingatkan SR Vita-C Plus je yang boleh cantikkan kulit! Rupanya air putih pun boleh ya?Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Haa malas minum air pun punca kulit jadi kusam. Kusam sebab banyak toksin berkumpul dalam badan tak dikeluarkan. Macam mana nak flash out toksin yang bergelumang dalam badan kalo malas minum air putih? 

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika kita tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. 

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga dipercayai dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih bukan sahaja digunakan untuk mengubati pelbagai masalah kulit, namun ia juga sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


KAJIAN TENTANG KEHEBATAN AIR PUTIH SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

Kajian oleh para sainstis mendapati bahawa amalan minum air putih sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society telah berjaya membuktikannya dalam kes-kes tertentu. Terbukti, amalan minum air putih mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini adalah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Nampak tak kepentingan air untuk kelangsungan kesihatan ni? Lepas ni kena rajin-rajin minum air putih ya. Boleh jadi sihat, cergas dan CANTIK. 



Thursday, 4 October 2018

VITAMIN C SHAKLEE : KELEBIHAN DAN KEUNIKAN SR VITA-C PLUS

Salam semua. Hari ni Tyaa nak kongsikan tentang salah satu produk Shaklee yang menjadi pilihan ramai. Vitamin C Shaklee sebenarnya dikenali dengan nama Sustained Release Vita-C Plus.

Apa itu Vitamin C?
Vitamin C merupakan vitamin jenis larut air dan berfungsi sebagai sumber antioksidan. Ia amat penting untuk menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Kalau cuols nak tahu, banyak sangat kepentingan Vitamin C ni untuk tubuh kita. Malangnya, tubuh tak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C ni. Sebab tu kita kena ambil sumber vitamin C melalui pemakanan seharian ataupun supplement. 

Tyaa memang amalkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan ambil supplement Vitamin C Shaklee. CUMA, buah dengan sayur tu tak dapat nak istiqamah makan. Hihi. Kadang ambil, kadang tak. So, Tyaa topup keperluan vitamin c harian menerusi Vitamin C shaklee je. Sebiji sehari je dah cukup tampung keperluan vitamin c yang diperlukan oleh tubuh. Best kan? Mudah, cepat dan jimat gittew. Bawah ni Tyaa sertakan gambar vitamin C shaklee untuk tatapan cuols.



KELEBIHAN DAN KEUNIKAN SR VITA-C PLUS
  • Sebotol ada 180 tablet untuk kegunaan SETENGAH TAHUN. Ambik sebiji sehari je cukup.
  • Sumber vitamin c semulajadi yang diekstrak dari jagung.
  • Setiap tablet mengandungi 525.35 mg Vitamin C dan turut dilengkapi dengan 120 mg Bioflavonoids. Bioflavonoids ni kita boleh dapat dari kulit buah oren. Tapi, cuols makan ke kulit buah oren? Pahit, tak lalu nak makan betul tak? Bioflavonoids ni penting tau. Ia berfungsi untuk  meningkatkan keberkesanan penyerapan Vitamin C, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Mujur dalam tablet vitamin c shaklee dah ada kandungan bioflavonoids ni. Kalo x memang TAK AKAN dapat sumber Bioflavonoids ni sebab ai tak lalu nak makan kulit limau tu. Hehe.
  • Memiliki teknologi Sustained Release : Melepaskan 100 mg vitamin c setiap 1 jam. Satu tablet membekalkan vitamin c berterusan selama 5 jam. Jadi, takde pembaziran berlaku sebab semua kandungan vitamin c dapat diserap oleh tubuh. Vitamin C biasa di pasaran tak ada teknologi Sustained Release ni tau. Maksudnya, lebihan vitamin C yang tidak diserap oleh tubuh disingkirkan melalui air kencing. Tak ke MEMBAZIR namanya tu? Hehe.
  • Setiap tablet memiliki khasiat yang sama dengan 7.5 biji buah oren. Ni paling best! Boleh bayangkan tak kalo cuols p kedai beli 7 8 bijik buah oren. Agak-agak berapa ringgit cuols kena bayar? Di tempat Tyaa capai belasan ringgit tau! Baik beli Vitamin C Shaklee ni. Jimat yakmat. Hihi. Sebiji baru 50 sen je cuols! MURAH MELAMPAU.





MANFAAT SR VITA-C PLUS

Berikut merupakan manfaat vitamin c untuk tubuh.


1. Manfaat Vitamin C untuk kulit
  • Merangsang pembentukan kolagen dalam badan dengan mengekalkan enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.
  • Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
  • Mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.
  • Mencerahkan kulit secara sekata.
  • Memperbaiki kulit yang berjerawat, berminyak dan kering.
  • Mencegah / mengurangkan pigmentasi penyebab utama jeragat.
  • Memulihkan luka, tonsils, kesan melecur dan ulser dengan cepat.
  • Berfungsi sebagai agen anti-radang.

2. Manfaat Vitamin C untuk kesihatan
  • Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk meningkatkan penyerapan zat besi, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • Memperbaiki masalah insomnia.
  • Meningkatkan tenaga badan dan mengelakkan keletihan.
  • Menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter).
  • Mencegah penyakit buta akibat katarak.
  • Mencegah batu karang pundi hempedu.
  • Menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah.
  • Menghindar arteriosclerosis.
  • Mengekalkan kapilari darah yang sihat. 
  • Mengekalkan kolesterol dan tekanan darah yang sihat.
  • Memperbaiki stress & masalah berkaitan mental.
  • Memperbaiki resdung seperti bersin.

3. Manfaat Vitamin C untuk perangi kanser
  • Meningkatkan interferon semulajadi tubuh untuk merangsang pengeluaran T-cells melawan kanser, menyingkirkan kimia berbahaya & menghapuskan radikal bebas.


4. Manfaat Vitamin C untuk atasi Gout
  • Mengurangkan risiko penyakit gout
  • Menurunkan paras asid urik

ADA TAK ALAMI GEJALA DI BAWAH?
  • Mudah selsema
  • Mudah bersin
  • Mudah deman
  • Kulit kasar
  • Mudah stress
  • Wajah nampak tua dari usia 
  • Anemia
  • Penyakit skurvi
  • Luka lambat sembuh
  • Kolagen makin kurang
  • Gusi berdarah, bengkak
  • Rambut kering, bercabang
  • Hidung berdarah
  • Badan bengkak, sakit sendi
  • Kedutan, garis halus dan bintik usia

Ada? AWAS! Itu tandanya cuols kurang mendapat bekalan vitamin C! Alaa. Usah risau, pelaburan 50 sen je sehari kalo cuols beli Vitamin C Shaklee ni tau. Murah sangat! Dengan khasiat sebiji umpama makan 7.5 biji buah oren tu. Rugi kalo tak nak amal. Rajin makan vitamin C, kulit akan tambah cantik, tubuh badan pun tambah sihat dan bebas daripada gejala-gejala yang Tyaa senaraikan kat atas tuh.

Berminat nak dapatkan Vitamin C dengan tawaran istimewa? Klik gambar di bawah terus ya.