Friday, 14 September 2018

RESIPI BUTTERMILK CHICKEN PALING SEDAP DI DUNIA

Isk tajuk entry tu pun. Kemain over kan. Haha! But reaaally guys, Tyaa dah try banyak resipi buttermilk chicken ni tapi HAMBAR. Kadang buat jadi cair, x sedap.  Bersyukur sangat dapat belajar resipi ni daripada jiran Tyaa yang baik hati, Kak Fida namanya. Dulu la berjiran, sekarang Tyaa dah pindah. Kempunan dah nak merasa makanan dap dap dari Kak Fida! Hihi.

Okay okay, Tyaa mulakan yea. Sebelum tu, maafkan ai kerana mengepos entry yang kurang bertepatan dengan tema belog ai which is "To the Beautiful and Healthier you". But it's okay. Kita buat a healthier version of buttermilk chicken keh. Kurang kuantiti gula dan butter. Hehe. Tapi, jangan amalkan selalu masak buttermilk chicken ni yea. Takut² berat naik mencanak-canak nanti.

Bahan-bahan kuah:

  • 4 ulas bawang putih tumbuk dengan 1 cili merah (nak lagi pedas letak la 2 ke 3 ke) 
  • Setengah tin susu cair Marigold
  • Gula sesudu (Ni versi sihat sesudu gula. Nak yang tak sihat buh la lebih sikit ye. Hihi) 
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada hitam ditumbuk sekali ngan cili dan bawang putih (lebih kurang 10 butir gitu) 
  • 2 tangkai daun kari
  • Satu sudu butter

Cara buat kuah buttermilk :


Panaskan sesudu minyak makan. Masukkan bawang putih dan cili yang ditumbuk bersama lada hitam. Terus masukkan daun kari yang dah siap dicuci bersih. Dah naik bau, masukkan susu cair. Kemudian, biar menggelegak jab baru masukkan ayam yang dah siap digoreng setengah masak (Ayam perap dan goreng macam cuols biasa buat ye). Masukkan sekali satu sudu butter, satu sudu gula dan garam secukup rasa. Biar ayam masak dan serap kuah yang sedap pekat likat tu. Siap! Jadilah macam gambar di bawah.





Dah cuba nanti kongsikan dengan Tyaa keh? Feel free to share this recipe to your family & friends. Selamat mencuba! 😊

No comments:

Post a Comment