Friday, 13 April 2018

5 AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum semua. Seronoknya bila hari Jumaat. Esok lusa bercuti daripada segala tekanan kerja. Hehe. Baiklah, hari ni Tyaa nak berkongsi 5 amalan berpantang yang biasanya diamalkan oleh ibu selepas bersalin.

Antara kelebihan daripada mengamalkan amalan berpantang adalah para ibu berjaya mendapatkan semula bentuk badan yang menarik, memantapkan kesihatan dan kecergasan badan serta tampil menarik dan menawan.

1. Bertungku
Bertungku dapat mengecutkan batu merian bagi memecahkan lemak di bahagian perut. Selain itu, amalan bertungku dapat memecahkan darah beku selepas bersalin. Biasanya, ramai yang menggunakan batu tungku atau bata merah yang dibalut dengan kain untuk bertungku.




Namun, proses ini agak rumit untuk ibu selepas bersalin. Yalah, dengan takde tenaga lepas bersalin nak letak lagi batu berat² kat perut pasti rasa malas nak buat. Bila tak buat, kesannya perut memboyot! So, rajin² kan diri membakar batu tungku untuk bertungku ye.

2. Pemakaian bengkung
Tujuan memakai bengkung ni bukan sekadar nak merampingkan pinggang. Sebenarnya, bengkung membantu membentuk kembali otot-otot, perut, pinggul dan menjaga peranakan agar tidak jatuh. Oleh itu, amalan menggunakan bengkung semasa berpantang amat penting untuk menegangkan semula bahagian badan yang menggelebeh.



3. Urutan selepas bersalin
Semasa bersalin, para ibu menggunakan banyak tenaga sehingga menjadikan mereka lemah. Sendi-sendi juga turut terjejas dan sakit. Oleh itu, amalan berurut selepas bersalin sangat membantu untuk melegakan sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah dalam badan.



Bagi ibu bersalin secara pembedahan pula, urutan di bahagian perut hanya dibenarkan selepas 6 bulan tempoh bersalin. Ini adalah untuk memastikan luka pembedahan sembuh sepenuhnya.

4. Jamu
Biasa dengar ibu selepas bersalin digalakkan untuk memakan jamu kan? Memakan jamu atau minuman herba ini membantu menambah tenaga, membuang darah kotor dalam badan, merapatkan ruang rahim dan mengelakkan pengumpulan angin dalam badan. Antara jamu berpantang adalah air akar kayu dan ubat periuk.


Rasanya yang agak pahit terkadang menyebabkan para ibu mengelat untuk mengamalkannya! Hihi. Di sini, Tyaw ingin syorkan anda amalkan Herba Maharani semasa berpantang. Banyak kebaikan Herba Maharani untuk ibu berpantang. Selain itu, Herba Maharani mudah dimakan kerana ia dalam bentuk biji kecil dan tidak pahit. Contact je Tyaa kalau nak try Herba Maharani ni di 0138114483 okay!



5. Tidur dan rehat yang mencukupi
Amalan ini amata penting untuk setiap ibu berpantang. Hal ini kerana tempoh berpantang merupakan waktu kritikal untuk memulihkan semula kesihatan badan serta luka dalaman selepas bersalin. Tanpa rehat yang cukup, anda akan berasa tertekan dan lesu sepanjang tempoh berpantang.



Begitulah 5 amalan berpantang yang anda boleh amalkan. Kalau rasa susah sangat nak ikut 5 amalan berpantang ni, Tyaa syorkan anda memakai bengkung Premium Beautiful. Bengkung moden ini bertindak khas untuk memulihkan semula kesihatan dalaman ibu selepas bersalin serta memantapkan bentuk badan ibu kembali. Korset ini mudah dipakai dan selesa digunakan kerana diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi.

Dipakai minimum 8 jam sehari, umpama melalui 5 sesi bertungku. Mudah kan? Takyah bazir masa membakar batu dan mengehadkan pergerakan semasa bertungku. Hanya sarung je korset Premium Beautiful dan segala amalan di atas dijalankan oleh korset ini. Kalau anda berminat nak dapatkan bengkung ini, sila hubungi/ whatsapp Tyaa di 0138114483.