Monday, 19 November 2018

4 KELEBIHAN DAFTAR AHLI SHAKLEE : RUGI KALAU TAK TAHU

Assalamualaikum semua. Entry kali ni Tyaa nak share kelebihan apabila cuols mendaftar sebagai ahli Shaklee. Tak ramai yang tahu kelebihan sekiranya mendaftar sebagai ahli Shaklee. RUGI sangat kalu tak daftar sebagai ahli ni!

Analoginya begini.

Kalau cuols pergi ke Supermarket, cuols nak beli produk pada harga MEMBER ke BUKAN MEMBER? Pastinya cuols sanggup berbaris 30 minit demi mendapatkan KAD KEAHLIAN betul tak? Kenapa tak beli je pada harga Bukan Member tu?

Sebab cuols diberi pilihan untuk dapatkan produk pada harga jauh lebih murah bila ada kad keahlian kan? Same thing goes with Shaklee. Eh eh tiberr je change language. Hiks. Baiklah, teruskan membaca untuk mengetahui pelbagai kelebihan sebagai ahli Shaklee.


1. PENJIMATAN HEBAT SEHINGGA 25 %
Biasa beli produk di Mall pada harga ahli boleh jimat sampai RM 5 pun dah melompat dengan girangnya kan? Dengan Shaklee. Cuols boleh jimat sehingga PULUHAN ringgit untuk SATU produk!


2. BELI PRODUK, DAPAT CASH BONUS
Ni part yang paling BEST. Selalu kita kumpul card points untuk tebus barangan kan? Dengan Shaklee, pembelian produk akan menyumbang untuk pulangan tunai. Cukup je 150 uv, Shaklee akan masukkan RM 23.25 dalam akaun weols. Makin banyak cuols kumpul points, makin tinggi CASH BONUS yang cuols dapat.

Ikut pengalaman Tyaa, memang dapat lebih dari tu. Yela, katakan awal bulan kawan nak order Set Kulit Cantik. Keesokan harinya, saudara pula pm nak beli Set Sakit Lutut untuk mak dia. And... Bila kawan ofis tau kita member Shaklee, dia pon berminat nak beli. So, dalam pada kita bantu orang lain untuk sihat dan cantik dengan Shaklee, tak sengaja lah dapat kumpul banyak points dan dapat CASH BONUS tu!


3. PEMBELIAN SISTEM ONLINE SHOPPING
Mudah je nak buat pembelian produk. Tak kisah la nak beli untuk sendiri ke, mak ayah ke, pak sedara ke, kawan ke. Masuk je dalam sistem shaklee online, keyin maklumat penerima. Settle. Shaklee yang akan poskan produk tu ke alamat anda. Mudah kan? Takyah la nak jalan jauh-jauh p Branch Shaklee. Buat je online. Mudah.




4. TAK PERLU KELUAR MODAL UNTUK BERNIAGA
Semua produk dalam sistem shaklee tu weols yang punya. Kita simpan je cantik-cantik dekat Branch Shaklee. Tiba masa customer nak beli, barulah kita keyin details customer kita tu. Keyin lepas customer buat pembayaran ya. Ni info khas untuk siapa yang berminat untuk jana pendapatan dari rumah ya.


BAGAIMANA NAK DAFTAR AHLI SHAKLEE?
Yuran Keahlian Shaklee hanya RM 75 sahaja. Yuran ini untuk bayaran membership kit Shaklee yang akan menjadi milik anda. Membership kit ni lah untuk cuols rujuk semua perkara tentang produk Shaklee. Harga, Info dan sebagainya. Lepas bayar yuran ni, Shaklee akan pos Membership kit bawah ni terus ke alamat cuols.

Lepas buat bayaran RM 75 tadi, cuols boleh terus login masuk ke akaun Shaklee2u menggunakan ID sendiri. Nak buat pembelian produk terus pon boleh dah.





NAK DAFTAR PERCUMA?
Pembelian melebihi 200 uv layak untuk FREE MEMBERSHIP. Jimat RM 75! Caranya cuols kumpul je order kawan-kawan yang nak beli sekali. Cukup 200 uv, layak dah untuk free membership shaklee ni.

Apa tunggu lagi? Jangan bertangguh untuk nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee. Terus klik gambar di bawah untuk segera mendaftar!


Sunday, 7 October 2018

KETAHUI PELBAGAI MANFAAT AIR PUTIH UNTUK KESIHATAN

"MINUM AIR SEKARANG!"

Hah. Bukan saja-saja je mak-pak dan cikgu-cikgu di sekolah kerah kita minum air putih selalu! Tyaa paling tertekan bila tengok murid-murid bawak air warna-warni kat sekolah tau. Terus bagi didikan percuma kat budak tu cakap len kali bawak air putih je. Baru besar nanti jadi sihat dan CANTIK! Haha. Budak sekarang mana faham kalo kita explain berat-berat kan. Jadi Cice cakap la dalam bahasa yang mudah difahami lingkungan minda dorang. Hihi. Syukur ramai murid kat sekolah memang dengar kata. Tak pandai pun dorang belajar untuk jadikan amalan.


Kredit : Tipsfromtown



KENAPA WAJIB MINUM AIR PUTIH?

Tau tak berat badan kita merangkumi kira-kira 60 peratus air? Tubuh kita menggunakan air dalam semua aktiviti sel, organ, dan tisu untuk membantu mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain. Setiap masa, tubuh akan kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh, dan pencernaan. Sebab tu lah WAJIB minum air putih. Tak nak la aktiviti sel dalam badan jadi lembab dan slow akibat tubuh yang kering-kotang kan? 

APAKAH MANFAAT AIR PUTIH?

Ada 8 manfaat air putih yang and perlu ketahui. Sila hadam dan cerna setiap satu ya. 

1. Menguruskan badan
Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Pergh! Minum air putih pun boleh kurus? Terus lari p ambik air. Haha. Gitu lah pompuan. Pantang dengar tips-tips nak kuruskan badan. 

2. Meningkatkan kesuburan
Tahukah anda bahawa air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Ni info baru untuk Tyaa jugak ni. 

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat mengelakkan masalah sembelit serta meningkatkan proses pembakaran kalori secara lebih efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja dapat melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Rajin-rajin minum air putih ya. Kanser ni penyakit yang paling digeruni! Moga-moga tindakan kecil kita ni mampu elakkan diri daripada terkena penyakit kanser ni.

5. Rawatan kecantikan
Wow. Ingatkan SR Vita-C Plus je yang boleh cantikkan kulit! Rupanya air putih pun boleh ya?Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Haa malas minum air pun punca kulit jadi kusam. Kusam sebab banyak toksin berkumpul dalam badan tak dikeluarkan. Macam mana nak flash out toksin yang bergelumang dalam badan kalo malas minum air putih? 

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika kita tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. 

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga dipercayai dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih bukan sahaja digunakan untuk mengubati pelbagai masalah kulit, namun ia juga sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


KAJIAN TENTANG KEHEBATAN AIR PUTIH SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

Kajian oleh para sainstis mendapati bahawa amalan minum air putih sebaik saja bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society telah berjaya membuktikannya dalam kes-kes tertentu. Terbukti, amalan minum air putih mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini adalah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Nampak tak kepentingan air untuk kelangsungan kesihatan ni? Lepas ni kena rajin-rajin minum air putih ya. Boleh jadi sihat, cergas dan CANTIK. 



Thursday, 4 October 2018

VITAMIN C SHAKLEE : KELEBIHAN DAN KEUNIKAN SR VITA-C PLUS

Salam semua. Hari ni Tyaa nak kongsikan tentang salah satu produk Shaklee yang menjadi pilihan ramai. Vitamin C Shaklee sebenarnya dikenali dengan nama Sustained Release Vita-C Plus.

Apa itu Vitamin C?
Vitamin C merupakan vitamin jenis larut air dan berfungsi sebagai sumber antioksidan. Ia amat penting untuk menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang dan kesihatan tubuh badan kita. Kalau cuols nak tahu, banyak sangat kepentingan Vitamin C ni untuk tubuh kita. Malangnya, tubuh tak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C ni. Sebab tu kita kena ambil sumber vitamin C melalui pemakanan seharian ataupun supplement. 

Tyaa memang amalkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan ambil supplement Vitamin C Shaklee. CUMA, buah dengan sayur tu tak dapat nak istiqamah makan. Hihi. Kadang ambil, kadang tak. So, Tyaa topup keperluan vitamin c harian menerusi Vitamin C shaklee je. Sebiji sehari je dah cukup tampung keperluan vitamin c yang diperlukan oleh tubuh. Best kan? Mudah, cepat dan jimat gittew. Bawah ni Tyaa sertakan gambar vitamin C shaklee untuk tatapan cuols.



KELEBIHAN DAN KEUNIKAN SR VITA-C PLUS
  • Sebotol ada 180 tablet untuk kegunaan SETENGAH TAHUN. Ambik sebiji sehari je cukup.
  • Sumber vitamin c semulajadi yang diekstrak dari jagung.
  • Setiap tablet mengandungi 525.35 mg Vitamin C dan turut dilengkapi dengan 120 mg Bioflavonoids. Bioflavonoids ni kita boleh dapat dari kulit buah oren. Tapi, cuols makan ke kulit buah oren? Pahit, tak lalu nak makan betul tak? Bioflavonoids ni penting tau. Ia berfungsi untuk  meningkatkan keberkesanan penyerapan Vitamin C, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Mujur dalam tablet vitamin c shaklee dah ada kandungan bioflavonoids ni. Kalo x memang TAK AKAN dapat sumber Bioflavonoids ni sebab ai tak lalu nak makan kulit limau tu. Hehe.
  • Memiliki teknologi Sustained Release : Melepaskan 100 mg vitamin c setiap 1 jam. Satu tablet membekalkan vitamin c berterusan selama 5 jam. Jadi, takde pembaziran berlaku sebab semua kandungan vitamin c dapat diserap oleh tubuh. Vitamin C biasa di pasaran tak ada teknologi Sustained Release ni tau. Maksudnya, lebihan vitamin C yang tidak diserap oleh tubuh disingkirkan melalui air kencing. Tak ke MEMBAZIR namanya tu? Hehe.
  • Setiap tablet memiliki khasiat yang sama dengan 7.5 biji buah oren. Ni paling best! Boleh bayangkan tak kalo cuols p kedai beli 7 8 bijik buah oren. Agak-agak berapa ringgit cuols kena bayar? Di tempat Tyaa capai belasan ringgit tau! Baik beli Vitamin C Shaklee ni. Jimat yakmat. Hihi. Sebiji baru 50 sen je cuols! MURAH MELAMPAU.





MANFAAT SR VITA-C PLUS

Berikut merupakan manfaat vitamin c untuk tubuh.


1. Manfaat Vitamin C untuk kulit
  • Merangsang pembentukan kolagen dalam badan dengan mengekalkan enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.
  • Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
  • Mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.
  • Mencerahkan kulit secara sekata.
  • Memperbaiki kulit yang berjerawat, berminyak dan kering.
  • Mencegah / mengurangkan pigmentasi penyebab utama jeragat.
  • Memulihkan luka, tonsils, kesan melecur dan ulser dengan cepat.
  • Berfungsi sebagai agen anti-radang.

2. Manfaat Vitamin C untuk kesihatan
  • Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk meningkatkan penyerapan zat besi, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
  • Memperbaiki masalah insomnia.
  • Meningkatkan tenaga badan dan mengelakkan keletihan.
  • Menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter).
  • Mencegah penyakit buta akibat katarak.
  • Mencegah batu karang pundi hempedu.
  • Menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah.
  • Menghindar arteriosclerosis.
  • Mengekalkan kapilari darah yang sihat. 
  • Mengekalkan kolesterol dan tekanan darah yang sihat.
  • Memperbaiki stress & masalah berkaitan mental.
  • Memperbaiki resdung seperti bersin.

3. Manfaat Vitamin C untuk perangi kanser
  • Meningkatkan interferon semulajadi tubuh untuk merangsang pengeluaran T-cells melawan kanser, menyingkirkan kimia berbahaya & menghapuskan radikal bebas.


4. Manfaat Vitamin C untuk atasi Gout
  • Mengurangkan risiko penyakit gout
  • Menurunkan paras asid urik

ADA TAK ALAMI GEJALA DI BAWAH?
  • Mudah selsema
  • Mudah bersin
  • Mudah deman
  • Kulit kasar
  • Mudah stress
  • Wajah nampak tua dari usia 
  • Anemia
  • Penyakit skurvi
  • Luka lambat sembuh
  • Kolagen makin kurang
  • Gusi berdarah, bengkak
  • Rambut kering, bercabang
  • Hidung berdarah
  • Badan bengkak, sakit sendi
  • Kedutan, garis halus dan bintik usia

Ada? AWAS! Itu tandanya cuols kurang mendapat bekalan vitamin C! Alaa. Usah risau, pelaburan 50 sen je sehari kalo cuols beli Vitamin C Shaklee ni tau. Murah sangat! Dengan khasiat sebiji umpama makan 7.5 biji buah oren tu. Rugi kalo tak nak amal. Rajin makan vitamin C, kulit akan tambah cantik, tubuh badan pun tambah sihat dan bebas daripada gejala-gejala yang Tyaa senaraikan kat atas tuh.

Berminat nak dapatkan Vitamin C dengan tawaran istimewa? Klik gambar di bawah terus ya.





Wednesday, 19 September 2018

DOA MURAH REZEKI

Good morning. This is just one short and sweet entry keh. Hehe. Saja nak share dengan cuols satu doa agar diberi rezeki yang cukup dan halal dalam kehidupan.

Jom amalkan sama-sama doa ini. Semoga doa ini menjadi amalan harian kita. Tyaa doakan agar orang yang amalkan doa ini mendapat rezeki yang cukup dan berkat sepanjang hidup. Aamiin. Selamat beramal. 

Kredit : Pemilik foto

Monday, 17 September 2018

CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT SEAWAL SEMINGGU





Sakit lutut ini berlaku disebabkan sendi yang dah lusuh dan haus. Sakit lutut dalam kalangan orang yang dah berusia dipanggil Osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh penuaan dalam sendi.

Tapi jangan ingat orang tua je yang alami sakit lutut ni tau. Orang muda pun ade je yang mengalami sakit lutut ni. Kebiasaannya terjadi akibat dari kecederaan lutut kesan bersukan ataupun mengalami masalah berat badan. Siapa yang tengah mengalami sakit lutut tu boleh cuba satu petua mujarab ni!

MINUM AIR HALIA REDAKAN SAKIT LUTUT 

Halia merupakan ubat yang sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang dalamnya.

Credit : Top10homeremedies


Bahan - bahan yang diperlukan :
- 1 ketul halia
- 1 cawan air
- Sedikit perahan jus lemon
- Sedikit madu

Cara-cara penyediaan:
- Hancurkan 1 ketul halia
- Masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air
- Didih selama 10 minit dan tapiskan
- Masukkan sedikit perahan jus lemon ke dalam air halia.
- Masukkan 1 sudu teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon.
- Kacau hingga sebati dan sedia untuk diminum.

Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang. Kalau tak lalu nak telan air halia yang pahit tu, sila teruskan pembacaan anda untuk mengetahui satu lagi cara yang mudah nak atasi sakit lutut tu.

HILANGKAN SAKIT LUTUT DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Supplement ni berkesan seawal SATU MINGGU tau. Ni testimoni daripada kawan Tyaa sendiri. Beliau cuba macam² produk nak hilangkan sakit lutut tu. Alhamdulillah. Amal shaklee tak sampai seminggu sakit lutut tu hilang.

Antara cadangan supplement untuk hilangkan sakit lutut adalah :

  1. Ostematrik
  2. Omega Guard
  3. Collagen Powder
  4. Vivix
  5. Advance Joint Health Tablet 







Antara testimoni yang dah berjaya atasi sakit lutut dengan supplement shaklee adalah seperti berikut :









Hebat kan supplement shaklee ni? Sekelip mata sakit lutut yang berpuluh tahun hilang. Ada yang makan malam ni, esok sakit berkurang. Kadar penyembuhan setiap individu ni berbeza kan? Jadi, kita usaha je berikhtiar. Lepas tu bertawakal pada Allah. In shaa Allah dipercepatkan lagi proses penyembuhan tu. Kalau anda nak dapatkan supplement shaklee ni pada harga yang istimewa, klik je link di bawah ya. Sekian perkongsian daripada Tyaa, Assalamualaikum. 😊




Saturday, 15 September 2018

KELEBIHAN OSTEMATRIX SHAKLEE : BUKAN SEKADAR PIL KALSIUM

Salam hujung minggu semua. Hujung minggu ni special sikit sebab terus sambung cuti hari Isnin sempena Hari Malaysia esok. Tyaa & husband takde plan nak p mana-mana hari ni so Tyaa nak tulis entry baru tentang pil kalsium keluaran Shaklee iaitu Ostematrix Shaklee.

Ada tak yang x lalu nak minum susu kat sini? Bahaya tau kurang sumber kalsium dalam pemakanan seharian. Kalsium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang memandangkan ia adalah struktur penting dalam tubuh.

Susu ni salah satu sumber kalsium. Sebenarnya banyak lagi contoh makanan yang boleh diambil untuk mendapat sumber kalsium. Tyaa sertakan gambar di bawah yea (sumber : Google).

10 Makanan Tinggi Kalsium:



Alternatif selain susu :

Nak pilihan yang mudah lagi murah? Boleh cuba Ostematrix Shaklee. Ostematrix ni bukan sekadar pil kalsium tau. Ia merupakan supplemen kalsium dalam bentuk tablet dengan formula unik dari mineral semula jadi dan garam mineral dari laut mati dan dilengkapi dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum dan boron. 

Kesemua nutrien ini perlu diambil bersama untuk diserap oleh tubuh dan menghalang endapan pada sesetengah mineral. Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling bagus jika diambil bersama dengan magnesium untuk penyerapan optimum. Ini kerana pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit batu karang. Jadi pastikan kalsium anda lengkap sekali dengan magnesium macam ostematrix ye!


Fakta Menarik Ostematrix Shaklee


Hebat kan? Sebiji pil ostematrix sama khasiat dengan segelas susu tinggi kalsium atau 80 biji badam. Baru sebiji. Bayangkan sebotol ni ada 120 biji. Harga baru RM 61.25. Jimat banyak amalkan pil ostematrix ni kan. 
  • Bersaiz kecil, licin dan mudah ditelan. 
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
  • 100% semulajadi dan selamat untuk jangka panjang.


Siapa yang perlukan Ostematrix?


Kalau rase dibelenggu masalah di atas, jangan bertangguh nak selesaikan masalah tu dengan ostematrix ni. In shaa Allah, sekelip mata je masalah cuols tu selesai! Pengalaman Tyaa sendiri deal dengan ibu mengandung yang alami sembelit, beliau makan 2 biji ostematrix je terus lawas keesokan pagi. 


Manfaat Ostematrix :
  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  • Memulihkan kekejangan, kebas-kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagus untuk ibu mengandung).
  • Meringankan stress dan murung.
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  • Membekalkan tenaga bagi orang yang sibuk
  • Menstabilkan tekanan darah agar berada pada tahap normal.
  • Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut).
  • Membantu masalah gastrik.
  • Membantu pengurusan badan dalam proses pembakaran lemak.
  • Membantu dalam mengatasi sembelit.
  • Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik. 
  • Meringankan sakit kepala/ migrain yang teruk dan berlarutan.


Banyak kan manfaat Ostematrix ni? Bukan sekadar pil kalsium je. Hihi. Nak dapatkan ostematrix pada harga istimewa? Bulan ni ada promosi. Klik link di bawah untuk dapatkan harga promosi! 


Friday, 14 September 2018

RESIPI BUTTERMILK CHICKEN PALING SEDAP DI DUNIA

Isk tajuk entry tu pun. Kemain over kan. Haha! But reaaally guys, Tyaa dah try banyak resipi buttermilk chicken ni tapi HAMBAR. Kadang buat jadi cair, x sedap.  Bersyukur sangat dapat belajar resipi ni daripada jiran Tyaa yang baik hati, Kak Fida namanya. Dulu la berjiran, sekarang Tyaa dah pindah. Kempunan dah nak merasa makanan dap dap dari Kak Fida! Hihi.

Okay okay, Tyaa mulakan yea. Sebelum tu, maafkan ai kerana mengepos entry yang kurang bertepatan dengan tema belog ai which is "To the Beautiful and Healthier you". But it's okay. Kita buat a healthier version of buttermilk chicken keh. Kurang kuantiti gula dan butter. Hehe. Tapi, jangan amalkan selalu masak buttermilk chicken ni yea. Takut² berat naik mencanak-canak nanti.

Bahan-bahan kuah:

  • 4 ulas bawang putih tumbuk dengan 1 cili merah (nak lagi pedas letak la 2 ke 3 ke) 
  • Setengah tin susu cair Marigold
  • Gula sesudu (Ni versi sihat sesudu gula. Nak yang tak sihat buh la lebih sikit ye. Hihi) 
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada hitam ditumbuk sekali ngan cili dan bawang putih (lebih kurang 10 butir gitu) 
  • 2 tangkai daun kari
  • Satu sudu butter

Cara buat kuah buttermilk :


Panaskan sesudu minyak makan. Masukkan bawang putih dan cili yang ditumbuk bersama lada hitam. Terus masukkan daun kari yang dah siap dicuci bersih. Dah naik bau, masukkan susu cair. Kemudian, biar menggelegak jab baru masukkan ayam yang dah siap digoreng setengah masak (Ayam perap dan goreng macam cuols biasa buat ye). Masukkan sekali satu sudu butter, satu sudu gula dan garam secukup rasa. Biar ayam masak dan serap kuah yang sedap pekat likat tu. Siap! Jadilah macam gambar di bawah.





Dah cuba nanti kongsikan dengan Tyaa keh? Feel free to share this recipe to your family & friends. Selamat mencuba! 😊

VIVIX SHAKLEE : SEMUA INFO YANG ANDA CARI

Salam Jumaat semua. Tergerak hati nak share tentang satu produk terhebat daripada shaklee which is Vivix. Pernah dengar tak tentang vivix ni? Jangan tak tau, banyak penyakit kronik berjaya diatasi dengan vivix ni tau! Pengalaman Tyaa sendiri, pernah bantu seorang makcik yang menghidap diabetes sampaikan kaki yang sepatutnya dipotong TAK JADI DIPOTONG.

Okay sebelum pergi jauh ke situ, Tyaa nak share sedikit info tentang vivix ni kepada semua. Mungkin ada yang tak tau lagi cemana rupa vivix tuh kan. Tyaa sertakan gambar di bawah untuk tatapan cuols.



Apa itu VIVIX SHAKLEE? 

Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi pelbagai campuran unik botani seperti Anggur Muscadine, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum.


FUNGSI dan KEBAIKAN 4 kandungan utama vivix




1. Anggur Muscadine 

Dalam bahasa melayu ia dipanggil Anggur Muskat dan ia adalah sejenis anggur liar. Sebab itu ia sangat istimewa. Ia adalah sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri-ciri anti-radang.

Kebaikan Anggur Muscadine: 

  • Mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular berbanding dengan anggur jenis lain.
  • Mempunyai ciri-ciri menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser dan juga sebagai anti-virus serta anti-bakteria.
  • Menurunkan tahap gula dalam darah.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.

2. Purple Carrot 

Merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquuiterpenes termasuk anthocynanins.

Kebaikan Purple carrot: 

  • Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob, anti-carcinogen.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain. 
  • Asid klorogenik bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah. 


3. Elderberry

Nama saintifik untuk Elderberry adalah Sumbucus Nigra. Buah Elderberry ini banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, Asia dan Benua Eropah. Elderberry telah lama digunakan dalam kalangan pengamal perubatan tradisional.

Kebaikan Elderberry: 

  • Mengubati simptom flu terutama influenza B
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Memperbaiki batuk, asma, sesak hidung dan dada termasuk diabetes
  • Merendahkan tahap kolesterol & menghalang oksidasi kolesterol LDL
  • Meningkatkan kesihatan jantung serta ginjal
  • Membaiki penglihatan dan penghadaman 


4. Polygonum Cuspidatum 

Dikenali sebagai Japenese Knotweed. Ia berasal dari asia dan boleh ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun ni adalah sumber komersial Resveratrol yang terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan biji anggur merah.

Kebaikan Polygonum Cuspidatum: 

  • Melambatkan proses penuaan
  • Merendahkan paras kolesterol
  • Merendahkan tekanan darah
  • Meningkatkan prestasi atlet
  • Membantu dalam proses penurunan berat badan 

Bagaimana vivix BERTINDAK? 


Dalam kajian makmal, ramuan botani Vivix Shaklee telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu:


1. Memperbaiki DNA 

Setiap hari, setiap masa dan setiap saat sel-sel dalam tubuh kita berganti dan bertukar baru. Ini adalah proses normal yang berlaku. Namun, sel-sel dalam badan diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA.

Vivix Shaklee berfungsi untuk mempertahankan dan memulihkan DNA sel tubuh dengan memperlahankan proses tersebut.


2. Memperbaiki tenaga 

Dalam sel kita ada satu penjana tenaga iaitu Mitochondria. Namun, apabila peranan dan fungsi mitochondria semakin menurun dari hari ke hari, tenaga sel juga akan menurun. Keadaan ini menyebabkan sel-sel menjadi tidak bertenaga untuk melawan penyakit dan melakukan fungsi-fungsi normal.

Vivix Shaklee berfungsi untuk menggalakkan pembetukan tenaga baru mitochondria sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Kesannya ke atas fungsi otak, sistem kardiovaskular, imun dan sendi juga dapat berfungsi dengan lebih efisyen.


3. Melambatkan pembentukan protin AGE 

Protin AGE (advance glycation end products) adalah bendasing yang terhasil akibat daripada lebihan GULA dan protin.

Tahu tak, penimbunan berlebihan protin AGE ini boleh menyebabkan kerosakan sel dan ia akan mempengaruhi keutuhan sel dan jangka hayat sel?

Ramuan Vivix berjaya melambatkan pembetukan protin AGE ini.

4. Kawalan genetik 

Proses penuaan membawa kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Ujian klinikal membuktikan bahawa ramuan Vivix Shaklee boleh mengaktifkan satu kawalan genetik utama yang akan membantu memperlahankan penuaan pada tahap sel.

Ce bagitau Tyaa sekarang produk mana yang boleh bertindak sehebat vivix ni? 4 mekanisme ini sudah cukup membuktikan vivix mampu menjaga kesihatan tubuh melalui pemeliharaan peringkat sel.


Resveratrol : Kandungan BERHARGA vivix

Berbelit tak lidah nak sebut? Hehe. Resveratrol banyak terkandung dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak jenis buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.


Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja mencecah hingga RM 100 tau. Ha nak bagitau betapa berharganya kandungan vivix ni kat cuols. Bayangkan lah, sebotol vivix tu mengandungi berapa banyak resveratrol kan? Sebab tu lah tindakan penyembuhan lebih cepat berlaku bila makan vivix ni.


Untuk pengetahuan semua, Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan namapolyganum cuspidatum.

Setiap hidangan Vivix Shaklee (satu sudu) menyediakan 100 mg resveratrol. Resveratrol ini juga mengandungi resveratrol semulajadi sebanyak 98% kandungannya. Ini menunjukkan Vivix Shaklee adalah suplemen anti-penuaan terbaik. Ia sangat tulen dan unik.

Kebaikan resveratrol di dalam Vivix Shaklee ini bersamaan 3000 gelas arak merah. Tetapi Vivix Shaklee 10x lebih bertenaga daripada resveratrol. Dan ia TIDAK mengandungi alkohol sebaliknya Vivix Shaklee menggunakan bahan semulajadi yang terbaik dan bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh.


Manfaat RESVERATROL

  • Anti penuaan
  • Melindungi jantung
  • Melindungi dari luka akibat radiasi UV
  • Melindungi dari kerosakan pada bahagian otak
  • Merencat pembiakan H.pylori
  • Merencat sel kanser dari semakin serius
  • Menurangkan pelekatan antara platlet (respon anti-radang)
  • Menghalang pengoksidaan LDL
  • Melindungi dari peparu dari kerosakan DNA dan kematian selMelindungi saraf
  • Menghalang virus herpes jenis 1 & 2 dari merebak 


Kebaikan VIVIX Shaklee 

Pengambilan vivix menggalakkan peningkatan kesihatan tubuh secara menyeluruh. Tindakan penyembuhan juga pada kadar yang lebih cepat. Berikut merupakan kebaikan vivix secara spesifik:

  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Melegakan alergi dan lelah
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Memperbaiki kualiti tidur
  • Menstabilkan perasaan
  • Anti-depresi
  • Anti-inflamasi
  • Mengurangkan / memperbaiki kompilasi diabetes atau kencing manis
  • Mengawal selia insulin
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal selia kelikatan darah
  • Mengawal selia estrogen
  • Memperbaiki mutasi sel
  • Anti-kanser
  • Menghalang kejadian tumor
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan melindungi jantung
  • Membantu dalam proses penurunan berat badan
  • Menyokong kesihatan mata
  • Membantu glaukoma
  • Mengurangkan Artritis
  • Menguatkan tulang
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Melambatkan simptom alzheimeir
  • Mengurangkan rambut gugur dan beruban
  • Membantu dalam proses penurunan berat badan
  • Meningkatkan pengeeluaran sperma
  • Meningkatkan daya seks
  • Mencegah masalah prostat 
  • Menggalak penuaan yang sihat
  • Mengurangkan kedutan halus
  • Mengurangkan bintik penuaan
  • Memutihkan dan mengurangkan pigmentasi 
  • Memperbaiki tekstur kulit

Siapa yang perlukan Vivix? 

Vivix Shaklee telah banyak membantu ramai orang untuk lebih sihat. Antara mereka yang sesuai dan perlukan Vivix Shaklee adalah :

  • Lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas
  • Individu yang inginkan badan sihat dan cergas
  • Individu yang aktif bersukan
  • Individu yang ada masalah berkaitan mata
  • Individu yang berdepan masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, gout, batu karang, fibroid
  • Individu yang sibuk bekerja (sukar untuk dapat nutrsisi yang cukup)
  • Individu yang ingin kuruskan badan
  • Individu yang tengah berusaha untuk berhenti merokok 
  • Individu yang ikhtiar hamil
  • Ibu berpantang 
Serta ramai lagi yang ingin sihat tanpa dibelenggu pelbagai masalah kesihatan. Fuhh banyak info Tyaa share kan? Tepu tak otak cuols dengan maklumat Tyaa share ni? Haha! Nak tahu cara pengambilan vivix untuk memaksimumkan kesan? Itu Tyaa kongsikan special untuk customers Tyaa tau. Sebab kena tahu dulu nak atasi masalah apa. Baru boleh ajar cara makan yang tepat dengan masalah cuols.

Berikut merupakan petikan daripada buku Robert G Wright, founder of the American Anti Cancer Institute. Dalam bukunya, KILLING CANCER, NOT PEOPLE.


"...Shaklee also offers fabulous, non-toxic, natural cosmetics at reasonable prices. I must mention here that I am very enamored with Shaklee's product called Vivix. This company touts it as the 'world's best cellular anti-aging supplement'. Vivix is perfectly safe, all natural and has been shown (in lab studies) to protect and repair cellular DNA. This product also supports immune health. Shaklee states that vivix has the equivalent amount of resveratrol (think good for you and bad for cancer) "... 



HARGA Vivix? 

Soalan paling cuols nak tahu Tyaa share di hujung penulisan. Nak bagi cuols nampak perkaitan harga dan kehebatan produk ni dulu. Bukannya menilai dari harga semata. Hehe. Harga Vivix ni adalah RM 475.00 untuk 150 ml. Dah tahu powernya vivix ni takyah nak jaw drop sangat lah. Hehe. Sesuai lah tu harga dengan kualitinya yang HEBAT tu betul tak? 

Nak harga lagi istimewa? Semestinya boleh! Kena beli dengan Tyaa baru dapat harga kasih sayang tau. Harga yang cuols tak kan dapat dari seller lain. Istimewa tak? Hehe. Yang penting stok Tyaa direct dari HQ ye. So tak kan ada masalah produk yang cuols dapat menghampiri tarikh luput, rosak dan sebagainya. Berminat nak cuba berikhtiar dengan Vivix sila klik link whatsapp di bawah. Sekian perkongsian panjang lebar namun penuh informasi dari aiols. Next posting, ai share testimoni vivix pulak okay? Bye! Klik ye link whatsapp Tyaa untuk sebarang pertanyaan atau pembelian Vivix. Thank you! 



Wednesday, 5 September 2018

PETUA KESIHATAN TUN MAHATHIR


Assalamualaikum semua. Hari ni Tyaa nak share 3 petua kesihatan yang dikongsi oleh Tun Mahathir. Berikut merupakan 3  rahsia kesihatan yang diamalkan oleh Tun Mahathir untuk kekal sihat.  

1. Besederhana ketika makan 
Rahsia sihat Tun Mahathir adalah makan dengan sedikit. Seperti amalan Rasulullah, "berhenti sebelum kenyang." Beliau juga mengamalkan petua yang diberikan oleh ibunya iaitu berhenti sewaktu tengah seronok menjamah makanan yang sedap.

2. Buat rutin senaman setiap hari 
Untuk pengetahuan cuols, beliau bangun seawal jam 6.30 pagi setiap hari dan membuat rutin senaman seperti berjalan, menaiki basikal atau menunggang kuda.

3. Tidak merokok atau minum alkohol 

Sekian perkongsian tentang petua kesihatan Tun Mahathir. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Tun Mahathir agar kekal sihat dan cergas sentiasa! Tyaa doakan yang ikut petua ni juga diberikan kesihatan yang berpanjangan. Selamat beramal. 😊

Friday, 31 August 2018

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE YANG UNIK

It's 31.8.2018. Happy National Day guys! Hehe. Me and husband dok rumah je memandangkan esok weols terlibat dalam pengelolaan PSKPP. Sepatutnya arini dah jalan² menghirup udara segar di Miri. Haha. It's okay! Cuti Awal Muharram lah weols jalan². Hiks.

Harini Tyaa nak share beberapa keistimewaan dan kelebihan vitamin C Shaklee. Vitamin C Shaklee ni dikenali sebagai Sustained Release Vita-C Plus.


Macam ni la rupa Vitamin C Shaklee. Bila cerita tentang Vitamin C ni, mesti ramai yang berpendapat Vitamin C ni hanya untuk kecantikan kulit semata. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan Vitamin C ni tau. Nanti Tyaa share ya. Nak cerita tentang keistimewaan Vitamin C Shaklee dulu.


Keistimewaan SR Vita-C Plus

1. Formula Sustained Release
Sustained Release adalah proses di mana vitamin diformulasi khas untuk dilepaskan secara berperingkat dalam badan. Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg vitamin C. Teknologi sustained release akan melepaskan 100 mg untuk setiap jam. Maka, sebiji Vitamin C ni mampu membekalkan vitamin C selama 5 jam dalam badan. Berbeza dengan vitamin C lain di pasaran di mana pengambilan dos melebihi keperluan badan akan dibuang melalui air kencing. Membazir kan?

2. Mengandungi 120 mg Bioflavonoids
25% bioflavonoids ini diekstrak daripada kulit buah yang dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia bertindak untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C sebagai anti radang, anti alergi, anti virus dan anti kanser! Dengan adanya Bioflaconoids ni, Vitamin C ini lebih cepat diserap oleh badan.

3. Sebiji tablet membekalkan khasiat umpama 7.5 biji buah oren
Mampu ke nak makan 7 biji oren tiap hari? Hehe. Kalo tak mampu, meh amal Vitamin C Shaklee nih. Mudah je xyah kupas² dan deal dengan buah oren yang masam πŸ™ˆ Tak sampai seminit, badan dah selamat menerima khasiat 7.5 biji buah oren! Hehe.

4. Vitamin semulajadi
Semua produk Shaklee bukan sintetik ya. Tiada campuran bahan kimia sama sekali dalam penghasilan vitamin Shaklee. Vitamin C Shaklee ni diekstrak daripada jagung. Kenapa jagung? Sebab ketahanan sumber vitamin yang ada padanya. Sumber vitamin dalam jagung  takkan hilang atau berkurangan bila direbus, dimasak atau dibakar berbanding vitamin dalam buah² lain.

5. Tiada perasa, pemanis atau pewarna tiruan.
Kebanyakan vitamin di pasaran diawet dan mempunyai perasa tau. Syukur Vitamin C Shaklee ni takde semua benda alah tu. Hehe.

Dah tahu kan 5 kelebihan Vitamin C Shaklee ni? Sebab tu la Vitamin C Shaklee ni listed in SHAKLEE TOP 10 hot seller products! Banyak kelebihannya jika dibandingkan dengan lambakan vitamin C yang ada di pasaran. Customer Tyaa pon siap repeat² lagi beli Vitamin C nih. Berbaloi sangat beli sebab sebotol ni ada 180 biji. Boleh tahan setengah tahun kalo amal sorang.



Nak dapatkan Vitamin C Shaklee pada harga yang MURAH? Klik je link whatsapp Tyaa di bawah ni yea.



Friday, 13 April 2018

5 AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum semua. Seronoknya bila hari Jumaat. Esok lusa bercuti daripada segala tekanan kerja. Hehe. Baiklah, hari ni Tyaa nak berkongsi 5 amalan berpantang yang biasanya diamalkan oleh ibu selepas bersalin.

Antara kelebihan daripada mengamalkan amalan berpantang adalah para ibu berjaya mendapatkan semula bentuk badan yang menarik, memantapkan kesihatan dan kecergasan badan serta tampil menarik dan menawan.

1. Bertungku
Bertungku dapat mengecutkan batu merian bagi memecahkan lemak di bahagian perut. Selain itu, amalan bertungku dapat memecahkan darah beku selepas bersalin. Biasanya, ramai yang menggunakan batu tungku atau bata merah yang dibalut dengan kain untuk bertungku.




Namun, proses ini agak rumit untuk ibu selepas bersalin. Yalah, dengan takde tenaga lepas bersalin nak letak lagi batu berat² kat perut pasti rasa malas nak buat. Bila tak buat, kesannya perut memboyot! So, rajin² kan diri membakar batu tungku untuk bertungku ye.

2. Pemakaian bengkung
Tujuan memakai bengkung ni bukan sekadar nak merampingkan pinggang. Sebenarnya, bengkung membantu membentuk kembali otot-otot, perut, pinggul dan menjaga peranakan agar tidak jatuh. Oleh itu, amalan menggunakan bengkung semasa berpantang amat penting untuk menegangkan semula bahagian badan yang menggelebeh.



3. Urutan selepas bersalin
Semasa bersalin, para ibu menggunakan banyak tenaga sehingga menjadikan mereka lemah. Sendi-sendi juga turut terjejas dan sakit. Oleh itu, amalan berurut selepas bersalin sangat membantu untuk melegakan sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah dalam badan.



Bagi ibu bersalin secara pembedahan pula, urutan di bahagian perut hanya dibenarkan selepas 6 bulan tempoh bersalin. Ini adalah untuk memastikan luka pembedahan sembuh sepenuhnya.

4. Jamu
Biasa dengar ibu selepas bersalin digalakkan untuk memakan jamu kan? Memakan jamu atau minuman herba ini membantu menambah tenaga, membuang darah kotor dalam badan, merapatkan ruang rahim dan mengelakkan pengumpulan angin dalam badan. Antara jamu berpantang adalah air akar kayu dan ubat periuk.


Rasanya yang agak pahit terkadang menyebabkan para ibu mengelat untuk mengamalkannya! Hihi. Di sini, Tyaw ingin syorkan anda amalkan Herba Maharani semasa berpantang. Banyak kebaikan Herba Maharani untuk ibu berpantang. Selain itu, Herba Maharani mudah dimakan kerana ia dalam bentuk biji kecil dan tidak pahit. Contact je Tyaa kalau nak try Herba Maharani ni di 0138114483 okay!



5. Tidur dan rehat yang mencukupi
Amalan ini amata penting untuk setiap ibu berpantang. Hal ini kerana tempoh berpantang merupakan waktu kritikal untuk memulihkan semula kesihatan badan serta luka dalaman selepas bersalin. Tanpa rehat yang cukup, anda akan berasa tertekan dan lesu sepanjang tempoh berpantang.



Begitulah 5 amalan berpantang yang anda boleh amalkan. Kalau rasa susah sangat nak ikut 5 amalan berpantang ni, Tyaa syorkan anda memakai bengkung Premium Beautiful. Bengkung moden ini bertindak khas untuk memulihkan semula kesihatan dalaman ibu selepas bersalin serta memantapkan bentuk badan ibu kembali. Korset ini mudah dipakai dan selesa digunakan kerana diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi.

Dipakai minimum 8 jam sehari, umpama melalui 5 sesi bertungku. Mudah kan? Takyah bazir masa membakar batu dan mengehadkan pergerakan semasa bertungku. Hanya sarung je korset Premium Beautiful dan segala amalan di atas dijalankan oleh korset ini. Kalau anda berminat nak dapatkan bengkung ini, sila hubungi/ whatsapp Tyaa di 0138114483.

Monday, 26 March 2018

RESIPI BUBUR AYAM MCD YANG SEDAP

Hi cuols! It 30 to 12 am while I'm typing this tapi it's okay. Tak ngantuk lagi, so Tyaa nak kongsikan resipi bubur ayam ala MCD versi advanced resipi. Rasanya sangat close! Serius cuols patut cuba resipi ni. Mudah, sedap & pastinya sihat! Hehe. Okay tak yah cakap banyak, sila rujuk resipi di bawah.

Bahan-bahan :

  1. Ayam - bahagian dada, wings & paha
  2. Beras la of course . Lol
  3. Air
  4. 1 kiub pati ayam Maggi
  5. Carrot
  6. 3 ulas bawang putih
  7. Seinci halia
  8. Lada hitam
  9. Garam secukup rasa
  10. Maggi secukup rasa
  11. Sedikit minyak bijan
  12. Ikan bilis

Cara memasaknya :
  1. Cuci beras. Masukkan air banyak² dan rebus bersama ayam. Pakai bahagian wings & paha lagi sedap rasa bubur tu! Bahagian isi dada cuols potong kecik². 
  2. Ketuk bawang putih & halia dan masukkan dalam rebusan tadi. Rebus lama² sampai jadi bubur. 
  3. Masukkan kiub pati ayam, potongan carrot, sedikit lada hitam, maggi secukup rasa & minyak bijan.
  4. Jika terlampau pekat, tambah air. Biar dia jadi cair² sikit. Sedap! 
  5. Goreng ikan bilis & tabur atas bubur yang dah siap dimasak. 
  6. Kunci pintu bilik & nikmatilah bubur ayam ala mcd gitu! πŸ˜‚

Buruknya perangai. Haha! Makan lah bersama keluarga hidangan yang lazat lagi berkhasiat ni. Hehe. Feel free to share this entry kepada keluarga & kawan² anda ye. Semoga bermanfaat! 😊

Wednesday, 7 March 2018

5 TIPS MUDAH KURANGKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum semua. Sihat ke? Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang terbaik kepada kita semua. Baiklah, berbalik kepada topik yang Tyaa akan kongsikan, Tyaa yakin rata-rata yang baca entri ni tengah usaha kaw² nak turunkan berat ye dak?

Don't worry, be happy. Tyaa akan kongsikan 5 tips mudah untuk kurus dengan cepat.

Tips pertama : Elakkan Makan Malam
Kalau cuols nak tahu, ni tips paling mudah untuk kurangkan berat badan. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk mencerna makanan. Lagi parah kalau lepas makan, tidur pula 30 minit kemudian. Makanan pun tak sempat dicerna, maka tersimpanlah makanan tersebut sebagai "tenaga yang tidak diperlukan" iaitu lemaks durjana.  Kalau nak makan pun, pastikan makan 3 ke 4 jam sebelum tidur.

Tips kedua : Berjalan instead of naik escalator atau lift
Lepas ni kalau pergi Mall, rajin-rajinkan lah diri untuk memperbanyakkan langkah harian anda. Tak pun jenguk lah seluruh kedai yang ada di Mall tu. Jangan balik bawak poket kosong pulak ye. Cuci mata je, jangan cuci sampai licin bersih purse korang tu! Haha! Berjalan terbukti mampu mengurangkan berat badan dengan cepat. Mulakan dengan 10 000 langkah sehari. Lepas tu, cuba konsisten buat sekurang-kurangnya 15 000 langkah sehari. Confirm cuols dapat nampak penurunan berat badan yang ketara. BTW, Tyaa cadangkab cuols pakai jam yang boleh detect langkah kaki tu, senang sikit monitor langkah harian kita betul tak? Tapi kalau rajin nak kira manually, silakan. Haha.

Tips ketiga : Hentikan pengambilan MINUMAN BERGULA
Tyaa ada kawan yang hentikan terus minum minuman bergula dan berjaya turunkan berat sehingga 10 kg! Ada kajian menunjukkan bahawa tubuh cenderung untuk membakar gula terlebih dahulu berbanding lemak. Namun, keupayaan tubuh membakar lemak adalah rendah. Tak sempat pun nak bakar lemak sedia ada dalam badan, gula berlebihan yang tak sempat dibakar tu pula bertukar jadi lemak. Maka, berkoyan-koyanlah lemak dalam badan anda. So, lepas ni cuba hentikan dulu minuman bergula. Kalau teringin sangat, beralihlah kepada minuman tanpa gula. Eh adeke? Ade tau! Minum je teh tarik fazura tu, Min Cha yang tiada gula dan pengawet tambahan. Kalo tekak teringin kopi, minum lah Min Kaffe. Sama jugak tanpa gula dan pengawet tambahan.

Tips keempat : Buat PLANK setiap hari

Tahu tak macam mana nak buat plank? Satu fakta menarik tentang plank ni adalah tubuh tetap membakar kalori walaupun anda sedang tidak aktif! Menarik kan? Buat dalam lingkungan 10 ke 15 minit untuk hasil yang memuaskan. Buat konsisten sebulan confirm turun berat kaw² tau! Ce try, nanti bagitau Tyaa berkesan tak kat cuols. But make sure buat hari² tanpa skip!

Tips kelima : Pakai Premium Beautiful (PB) korset
Tips ni cuols kurus dalam masa 5 minit atau kurang! Tak caye? Tengok bukti kat bawah ni.



Paling best, pakai konsisten sebulan dua CONFIRM kurus. Ni tips paling mudah untuk kurus serta-merta tau. Plus, korset SUPERBRAND ni tak macam korset jenama lain. Korset ni sangat selesa dipakai, terasa macam diurut-urut je badan! Terlampau selesa! Syukur sekarang Tyaa masuk bulan keempat pakau PB ni. Bawah ni testimoni Tyaa sendiri. Tyaa berjaya turunkan 8 kg dalam masa 4 bulan yahoo!!


Syukur lah dari takda perubahan. BTW Tyaa langsung tak diet atau exercise. Pakai PB je. Memang happy gile bila dapat perubahan macam ni. Sekarang, usaha nak turunkan 5 kilo lagi sebelum raya! Doakan Tyaa ye? Tips rahsia turunkan berat badan dengan PB Tyaa akan ajar pada client Tyaa through whatsapp.

Semoga tips-tips yang Tyaa kongsikan ni bermanfaat untuk cuols semua. Kalau berminat nak tahu more about premium beautiful corset, meh sembang di whatsapp.

Tyaa Mohd
Premium Beautiful Expert 
0138114483