Sunday, 3 September 2017

CARA MEMBUAT KELUPIS SARAWAK

Hi uols! Raya Haji ni uols masak ape? Tyaa first time x balik kampung beraya sekali dengan mak bapak dan keluarga. Ni first time beraya haji berdua je dengan suami. Biasa memang kami balik kampung. Tapi tu la, cuti kejab je. Kalau balik naik kereta, dah bazir masa kat jalan sebab perjalanan balik dalam 12 jam on the road. So, cuti panjang nanti je la balik! Hehe. Bila dah beraya sendiri ni, kenala masak sendiri kan? Kalau beraya dengan mak bapak, harapkan masakan diorang jela. Haha! Bukan ape, jarang kan nak rasa air tangan mak bapak ni. Tambah² lagi dh berkahwin ni, merasa air tangan sendiri jela selalu. Hihu.

Okay, harini Tyaa nak berkongsi salah satu juadah yg Tyaa sediakan untuk beraya iaitu kelupis. First time buat kelupis tau. Alhamdulillah menjadi. Nasib la, kalau tak terpaksa la makan roti bantal time pagi raya! Haha syukur resipi ni menjadi. Husband pun puji cakap sedap. 🙈 Hehehe. Okay, jom lihat apa yg diperlukan untuk buat kelupis ni.

Bahan-bahan:
1. 2 kilo beras pulut
2. 2 paket serbuk santan
3. Garam secukup rasa
4. Daun nyirik

Itu sahaja bahan yg diperlukan. Mudah yg amat uols! Haha. Okay aritu Tyaa buat 2 kilo beras pulut, Tyaa pakai beras pulut susu brand Telang Usan. Maaf ye xde snap gambar bungkusan beras tu sebab excited nak masak! Makan berdua tapi masak 2 kilo beras alamatnya jadi stok untuk sebulan lah! Haha ni menunjukkan Tyaa memang x pernah ada experience lagi buat kelupis, ketupat, lemang dan keluarganya. Tak sangka boleh jadi dalam 27 biji kelupis. Lebihan tu masuk freezer nak makan nanti kukus je balik. Syukur walau xde experience tapi misi membuat kelupis ni berjaya. Boleh buat lagi next time! Okay fine, lari dari topik sebab excited sangat bercerita. Haha. Jom lihat langkah membuat kelupis di bawah.

Langkah-langkah membuat kelupis:



Cuci beras pulut sehingga bersih. Kemudian, toskan.




Masukkan bancuhan serbuk santan dan garam secukup rasa ke dalam kuali. Agak² sendiri lah ye rasa dia nanti. Seeloknya bagi rasa masin² berlemak untuk hasil yg lebih sedap. Tyaa pakai serbuk santan je sebab tu je yg ada kat rumah. Nak pakai santan perah atau santan kotak boleh je, lagi sedap hasilnya! Hehe. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.


Dah santan pecah minyak, masukkan beras pulut ke dalam bancuhan santan tu tadi.


Kacau sehingga santan diserap oleh beras pulut. Time ni uols boleh kacau² sambil merasa, kalau kurang masin tambah lagi garam. Kalau dah nampak lebih kurang macam gambar kat bawah ni, tutup api.


Biarkan beras pulut ni sejuk sedikit sebelum dibungkus ke dalam daun nyirik. Daun nyirik tu tadi jangan lupa cuci dulu sebelum guna. Husband Tyaa yg tolong cucikan dan keringkan kat bawah kipas. Dia siap tolong buangkan tulang daun yg keras tu jugak. Hehe. Tulang daun tu perlu dibuang untuk memudahkan proses melipat dan membungkus kelupis nanti. Now, let's wrap up our kelupis! Masukkan anggaran 2 sudu besar beras pulut ke dalam daun nyirik tu tadi. 


Kemudian, bungkus dan kukus selama 40 minit. 


Tyaa lipat² je asalkan ketat dan padat okay lah tu. Yang penting x masuk air kalau dikukus nanti. Time kukus nanti, aroma wangi dari daun nyirik tu akan memenuhi segenap pelusuk hidung dan rumah anda. Haha. Habis 40 minit, cuba cek kelupis anda dah masak ke tak. Sebagai langkah berjaga-jaga takut terbagi husband makan yg x fully cook. Hehe. Tyaa siap pasang timer okay untuk memudahkan lagi proses penyediaan kelupis ni. Dah 40 minit dikukus, maka siaplah kelupis kita! 


Mudah je kan? Jom try dan kongsikan pengalaman uols pulak buat kelupis ikut resipi ni. Dipersilakan untuk share resipi ini dengan ahli keluarga atau kawan² uols jugak. Okay, selamat mencuba! ❤

No comments:

Post a Comment